NASI LEMAK KUKUS INTERNATIONAL
Salam Sejahtera
Buat semua teman dan pengunjung, aku dah hilang mood nak teruskan kariaku ini. Sekarang ini aku telah cari jalan lain untuk memberi aku ketenangan dalam hidup ku, isteri dan anak-anakku.
NASI LEMAK KUKUS DAN AYAM GORENG BEREMPAH INTERNATIONAL
Ini lah kerja aku sekarang. Aku telah mulainye sejak bulan 10 Mei 2009 - impian yang hendak aku capai bagi tahun 2009. Akhirnye setelah menghadapi beberapa rintangan dan masalah, aku berjaya meyakinkan anak ku untuk mengusahakan projek kecil-kecilan ini. Dengan bantuan anak-anak sedaraku, mereka telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mejadikan perniagaan kecil ini jadi kenyataan.
Aku telah menggunakan segala kemahiran dan pengalaman aku sebagai Pengurus Kualiti. Menjadikan teori kepada realiti. Meletakan pelanggan sebagai asas kejayaan. Memberi ruang sepenuhnya kepada pelanggan untuk membuat maklumbalas terhadap perniagaan ini. Akhirnya, aku kira anak ku dan sepupunya telah berjaya mengekalkan kualiti kerja yang konsistan dan mengeluarkan produk yang menyakinkan kepada pelanggan.
Dalam tempoh 2 bulan - dengan strategi yang tepat, promosi mengila dan dengan doa yang tak putus-putus kepada Allah swt, hasil kerja keras telah membuahkan hasil yang sangat membanggakan. Perniagaan setiap hari semakin maju. Semakin ramai pelanggan dan banyak pujian aku terima. Banyak pengalaman baru aku terima setiap hari. Dan menjadikan aku lebih matang untuk menghadapi dunia perniagaan - 9:1 yang Allah janjikan memang benar. Usaha yang berkali-kali ganda memberi keuntungan.
Pada bulan ke 3, Anak ku yang baru berumur 18 tahun sudah mendapat keuntungan - sama aku bandingkan dengan gaji JUSA. 3x ganda dia perolehi dari gaji aku sendiri. Alhamdulilah - bersyukur aku kepada Allah yang memberi rezeki ini.
Wahai kawan-kawan
aku akan tumpukan pada perniagaan ini. kerja ku tetap seperti biasa kerana anak ku telah boleh diharap. fotografi aku dah tinggalkan - mungkin anak ku akan turuti jejak aku dalam fotografi ini. ada banyak lagi cabaran masa depan yang aku tanggung - dan ada byk lagi perancangan masa depan yang akan aku buat.
Datanglah ke tempat perniagaan ku
DESA CEMPAKA,
BANDAR BARU NILAI
PUTRA NILAI NEGERI SEMBILAN

